Jangan Lagi Sejarah Berulang?!

Parti Makkal Sakthi Malaysia meminta masyarakat India di negara ini mengambil iktibar daripada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) apabila mereka ditipu oleh janji pembangkang terutama PKR.

Presidennya Datuk R.S. Thanenthiran berkata semua pengundi India perlu memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU kali ini.
“Jangan lagi sejarah berulang. Ramai pengundi India yang tertipu dengan janji manis PKR menyebabkan masyarakat India bukan sahaja di Lunas tetapi keseluruhannya di negara ini menjadi mangsa pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian pusat sumber Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Ladang Lunas-Welessly, Lunas, dekat sini hari ini.
Calon BN bagi Parlimen Padang Serai Datuk Heng Seai Kie merasmikan pusat sumber berharga RM15,000 sumbangan Parti Makkal Sakthi untuk pelajar sekolah itu.
Hadir sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas S. Ananthan dan penyandang kerusi DUN Lunas Mohd Razhi Mohd Salleh yang pada 2008 menewaskan Ananthan sebagai calon PKR tetapi kemudian keluar parti itu.
Thanenthiran berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan empat tahun lepas, semakin banyak sekolah Tamil di negara ini mendapat pelbagai kemudahan melalui program transformasi yang dilaksanakan.
Katanya taraf sekolah Tamil turut ditingkatkan dan akan dijadikan sekolah bantuan penuh di seluruh negara.
Beliau berkata ini jelas membuktikan BN mampu memenuhi kehendak masyarakat India berbanding pembangkang yang memerintah beberapa negeri termasuk Kedah selama lima tahun, yang hanya menjayakan dua tiga peratus sahaja janji manifesto PRU12 lalu.
“Kini saya minta masyarakat India menilai sendiri prestasi kerajaan Pas yang memerintah negeri Kedah sejak lima tahun lalu, satu sen pun mereka tak beri bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil tetapi parti ini sendiri (Parti Makkal Sakhti) telah memberi sumbangan RM15,000 bagi mewujudkan pusat sumber kepada sekolah ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun tiada calon daripada Parti Makkal Sakhti yang bertanding pada PRU13, tetapi beliau, anggota dan penyokong parti turut berusaha keras membantu kempen untuk memenangkan semua calon BN pada pilihan raya ini.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*