Jangan nodai kesucian Allah dan Islam

Akhbar dan wartawan ultra kiasu terus menerus memainkan sentimen kalimah Allah. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, bagi memastikan isu ini berpihak kepadanya. Cara yang paling mudah mendapat sokongan dan simpati, dengan menelefon dan menemu bual pemimpin-pemimpin bukan Islam dan peguam-peguam ultra kiasu untuk mendapatkan pandangan mereka dan seterusnya mensensikan isu ini. Orang yang tidak pro kepada agenda licik mereka, tidak akan dihubungi. Malang sekali, kita terikut-ikut sama mengikut rentak tari yang dimainkan.

Misalnya, ada yang mencadangkan agar lagu negeri Selangor diubah kerana kalimah Allah ada di situ. Tindakan ini dilakukan, sebagai sindiran tindakan umat Islam yang melarang penggunaan kalimah suci ini. Ternyata, dari segi logiknya, kedua isu ini berbeza. Lagu negeri Selangor mempunyai sejarahnya tersendiri. Kenapa kalimah Allah terdapat lagu tersebut juga ada sebab musababnya? Sejak dahulu lagi bukan Islam tidak selesa menyebutnya, kerana mereka tahu Allah itu adalah Tuhan umat Islam. Mereka terpaksa akur kerana mereka rakyat negeri Selangor. Namun, apabila isu ini timbul, lain pulak ceritanya. Yang tidak selesa menjadi selesa pula. Masihkah kita buta? Perintah raja selaku ketua agama Islam sudah diabaikan. Mereka menjadi semakin kurang ajar.

Sama seperti lagu negara Singapura dan cogan kata “Majulah Singapura”. Versinya tetap dalam bahasa Melayu, walaupun Singapura menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Begitu juga koman-koman dalam tentera, masih menggunakan bahasa Melayu. Kenapa kerajaan Singapura tidak bertindak menukarnya walaupun ada percubaan untuk berbuat demikian? Jawapannya adalah kerana ia ada nilai sejarah tersendiri. Ia juga menyentuh sensitiviti Melayu. Justeru, jika tidak tahu, bertanyalah. Jangan ikut sedap mulut. 

Contoh lain, selaku pengajar di universiti tentera, logo dan pemakaian pangkat (crown) pasukan keselamatan seperti angkatan tentera (darat laut dan udara), dan polis, rata-rata tertera kalimah Allah dan Muhammad. Orang bukan Islam yang memilih untuk menjadi anggota keselamatan, wajib memakainya, suka atau tidak. Orang bukan Islam menjunjung Allah dan Muhamad walaupun terpaksa.


cerita penuh: http://ridhuantee.blogspot.com

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*