Jangan panggil diri anda pejuang Islam


“Jangan masuk PAS kalau anda cari dunia. Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak manusia puji anda. Anda jangan perasan anda macam ulamak kalau perjuangan anda setakat serban, jubah dan kopiah. PAs bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Taala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Taala…”- Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Read more: http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2012/05/penyokong-pas-harus-bertaubat-bila-baca.html#ixzz22UwcHQVN

Perkara terakhir yang akan terlintas difikiran penulis ialah Pas tidak dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama Islam di mana-mana tempat Pakatan harami ini berkuasa.
Pas sudah lebih 60 tahun mempromosikan parti itu sebagai parti Islam, hudud, negara Islam dan terbaru negara kebajikan – sebab Pas baru sedar ia negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, macam mana entah boleh terlepas pandang selama 60 tahun.
Itu satu hal, satu hal yang lain, sudah jadi kebiasaan Pas akan menggelar ahlinya sendiri dengan pelbagai gelaran baik-baik seperti ustaz dan ustazah, manakala yang agak tinggi akan diberi gelaran tok guru dan sebagainya.
Semua itu untuk mempromosikan dan mendoktrinkan Pas sebagai parti Islam yang ‘tersohor’ dalam ini negara.
Tapi semuanya berubah kini bila Pas di Selangor diberi tugas jaga hal sukan dan adat resam Melayu (fungsi mirip perjuangan UMNO yang seringkali dituduh rasis ini).
Soal adat resam Melayu ini penulis kurang nak mengulas sebab sudah diulas dengan baik oleh rakan penulis yang lain.  Penekanan penulis hari ini ialah pada portfolio sukan yang sebelum itu dipegang Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.
Selangor ini negeri penting untuk dijadikan rujukan tentang bentuk kerajaan pakatan harami ini kalau berjaya memerintah Malaysia kelak sebab hanya Selangor sahaja di mana gabungan 3 parti pembangkang ini benar-benar berpakat.  3 negeri yang lain itu dikuasai secara solid oleh Pas dan DAP, kalau ada pun diselitkan Exco PKR, itu hanya wayang untuk rakyat nilai kononnya depa ini berpakat.
Tidak lebih dari itu.
Jadi bila di Selangor Pas diberikan fungsi jaga sukan, apakah jenis penghinaan yang cuba ditonjolkan itu?
Kita tak pernah kenal Pas kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu Pas berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Kita tak pernah kenal Pas kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu Pas berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Itu kelebihan dan kemampuan Pas, tapi kenapa pula di Selangor Pas diperuntukkan untuk jaga hal-hal sukan?  Sukan ini kita tahulah, majoritinya terdedah peha, kalau tidak pangkal peha (renang).  Sesuai ke al Ustaz Yunus ini jaga perkara-perkara sedemikian?  Lihat aurat dalam hal pembedahan lain, ini dalam hal sukan.
Penulis dimaklumkan, ini satu lagi bukti pengaruh DAP di Selangor apabila meniru bulat-bulat konsep sama di Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang dimana DAP menguasai, seorang Exco PKR dilantik menjaga portfolio tersebut walaupun Pas punya  wakil tunggal dalam DUN Pulau Pinang – Abdul Salleh Man.
Tapi Pulau Pinang berbeza.  Selain satu-satunya negeri majoriti orang Cina, Pulau Pinang juga tidak ada masalah berkaitan gejala murtad yang sikit demi sedikit melanda negara sekarang ini seperti Selangor.
Dibanding dengan Pulau Pinang yang hanya ada wakil tunggal Pas di dalam DUN, Selangor juga punya lebih ramai ADUN dari Pas yang boleh diketengahkan untuk memegang portfolio tersebut.
Dan Pas masih diberi fungsi jaga sukan, tak pelik ke tu?
Sebenarnya inilah nanti fungsi Pas dalam kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat (mintak jauh) yang akan lebih dikuasai DAP.
Macam mana liberal pun Pas, DAP tahu yang mereka tidak akan bertolak ansur tentang hal ehwal Islam (terutama murtad), kerana selain pegangan, Islam sudah jadi periuk nasik pemimpin Pas untuk kekal relevan dalam politik kepartian negara ini.
DAP pun tahu, walaupun sudah diputuskan dalam muktamar Pas bahawa negara Islam (sebut hudud) digugurkan untuk diganti dengan negara berkebajikan, masih ramai pemimpin Pas yang bercakap mengenainya sehingga kini, seperti Nik Aziz dan Nasrudin Hassan al-Tantawi – petunjuk perubahan dasar hanya retorik politik.
Disebabkan Pas tidak mahu berubah, maka tugas DAP untuk mengubahnya.  Maka itu Dr. Yunus diberi tugas jaga sukan dan Dr. Rani diberi tugas Pengerusi Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (sebut kebajikan).
Pengajaran dalam hal perlantikan Exco baru di Selangor ini ialah, PKR dan Pas sudah dikuasai DAP selain Pas itu sendiri sudah tidak boleh diharap dalam hal menarik undi orang Islam menggunakan modal agama.
Demi itu Pas perlu diubah, DAP tidak mahu Pas terkenal dengan imej Islam, sebaliknya sukan.
Sehinggakan pada satu masa orang akan kata ‘Ingat Pas, ingat Sukan’.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.