Janji Anwar- SATU PUN TAK BOLEH PERCAYA – Razali Ibrahim

Razali Ibraim berkata, orang ramai perlu melihat isu ini dengan lebih rasional kerana kerajaan tidak mahu membuat janji manis seperti pembangkang dan Pemuda Umno tidak ambil mudah isu PTPTN walaupun hanya 17 peratus yang masih gagal membuat pembayaran balik.


“Pembangkang kata mereka boleh hapus RM43 bilion tetapi perlu diingat kesannya kepada 87 peratus peminjam yang sudah membuat pembayaran balik itu, bagaimana mahu dikira?


“Kerajaan tidak membuat janji seperti pembangkang kerana memikirkan implikasi yang akan berlaku di masa akan datang, bukan hanya memberi janji pilihan raya, kita mahu cari cara yang terbaik selesai isu ini,” kata beliau selepas merasmikan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 di sini, hari ini.


Menurutnya lagi sebanyak 90 peratus pembiayaan pendidikan tinggi dibiayai kerajaan dan hanya 10 peratus kos pembelajaran terpaksa ditanggung setiap pelajar menerusi pinjaman PTPTN dan statistik menunjukkan sehingga 31 Disember lalu, sejumlah RM43 bilion kelulusan pinjaman diberikan kepada 1.9 juta pelajar.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*