Janji Khalid Gemuk Gagap

SHAH ALAM 19 Dis. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di negeri ini termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

“Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).


“Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. – UTUSAN

*Kenapa nak majukan negeri perlu belaku begini??

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*