Janji Ong Kim Swee!!!


Ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee meletakkan fokus untuk mempertahankan kejuaraan Sukan SEA tahun depan, yang dimenangi dua tahun berturut-turut sebelum ini.

“Fokus utama saya ialah untuk mempertahan pingat emas Sukan SEA pada 2013 yang akan dihos Myanmar. Untuk mempertahan satu kejuaraan sudah berat, apa lagi untuk mempertahan dua kejuaraan.

“Setiap orang mahu mengalahkan kami. Tapi kami telah membuat strategi sejak tahun lalu apabila kami menang di Jakarta, bagi mempertahan kejuaraan,” katanya dipetik sebagai berkata pada laman web Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) www.atball.org.

Malaysia di bawah Datuk K Rajagobal muncul juara dengan mengalahkan Thailand pada Sukan SEA 2009 di Laos dan diikuti pada 2011 di bawah kendalian Kim Swee dengan mengalahkan tuan rumah Indonesia.

Kim Swee berkata pasukannya telah menunjukkan daya saing selepas menang pingat emas Sukan SEA selain memenangani Piala Thanh Nien awal tahun ini.– Credit: SGB

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*