Jason Teoh Bertembung Dengan Kit Siang?!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan. Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR. Seterusnya..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*