Jentera Jalinan Rakyat Kuala Kangsar Teguh!

Semangat gerak kerja wanita Barisan Nasional (BN), Jentera Jalinan Rakyat (JJR) di Kuala Kangsar, tidak luntur malah berjalan lancar serta menyokong penuh calon BN kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jentera wanita di sini tetap menampilkan semangat kesetiaan kepada parti walaupun pada mulanya mereka agak terkejut dengan tindakan bekas naib ketua wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di parlimen itu.

“Jelas bahawa mereka (jentera wanita) manusia biasa, hari pertama (penamaan calon) memang terkejut (tindakan Datuk Kamilia) namun belum sempat saya nak redakan, situasi kembali seperti biasa pada hari kedua kerana mereka tahu kerja yang perlu dilakukan.
“Saya pantau sendiri keadaan jentera wanita UMNO dan BN di sini (Parlimen Kuala Kangsar) dan mendapati mereka bersatu padu, satu suara, bekerja keras bagi menentukan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan DUN dan dapat menambat hati serta sokongan rakyat untuk menang pada PRU13,” katanya selepas perjumpaan bersama jentera wanita Kuala Kangsar di sini hari ini.
Katanya jentera wanita berjanji akan terus menyokong kepimpinan BN dan akan bekerja keras bagi menjamin kemenangan pada PRU13.


Shahrizat berharap pengundi mengundi calon BN pada PRU13 memandangkan calon yang dipilih mampu berkhidmat dengan baik berdasarkan pengalaman dan latar belakang pendidikan.
Dalam pada itu, Shahrizat turut mengingatkan golongan wanita yang bergiat aktif dalam arena politik supaya bersabar dan menghayati misi dan visi organisasi.
Sementara itu, pemangku Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar Nor Rizan Subehi berkata jentera wanita Kuala Kangsar telah bersedia meneruskan perjuangan untuk membawa kemenangan pada PRU13.
“Kami telah mula bergerak seperti biasa selepas hari kedua penamaan calon tanpa sebarang masalah,” katanya.
Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, menggunakan lambang buku, dan akan bersaing dengan calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad serta Dr Khalil Idham Lim daripada Pas.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*