Jentera Mukhriz Sudah Siap Siaga

Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya Umno, terutama di kawasan Parlimen Jerlun yang diwakilinya.

Katanya terdapat perbezaan ketara dari segi persediaan menghadapi pilihan raya kali ini berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

“Dulu jentera kita tunggu sampai saat-saat akhir nak bergerak. Ini antara punca kita kalah di DUN (Dewan Undangan Negeri) Ayer Itam,” katanya kepada pemberita selepas melawat daerah pusat mengundi (PDM) Kampung Telaga Batu, dekat sini Sabtu.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 ini, Umno dan Barisan Nasional Kedah menggerakkan jentera lebih awal serta meningkatkan persiapan dengan pelbagai kaedah.

“Antaranya saranan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)baru-baru ini, kita akan menjawab segala tohmahan dan pastikan tiada sesiapapun akan terkeliru dengan kenyataan dan tuduhan yang dibuat terhadap Barisan Nasional,” katanya.

Mukhriz berkata Umno Jerlun juga akan terus membantu penduduk termasuk membaiki rumah, menurap jalan, membaiki surau tanpa mengira parti politik. – BERNAMA
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*