JOM Daftar Parlimen Belia Malaysia


Inisiatif ini lebih kepada keahlian yang lebih besar daripada Majlis Perundingan Belia Negara untuk melibatkan belia yang berpersatuan dan tidak berpersatuan daripada 222 kawasan parlimen. Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat menjadi platform kepada belia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu-isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi perantara belia dengan kerajaan.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membentuk generasi baru yang mempunyai profil psikografi dan ciri-ciri perwatakan yang berbeza. Generasi ini dikenali dengan istilah Generasi-X, Y dan Z mengikut tahun kelahiran dan pengaruh budaya digital dalam kehidupan mereka. Generasi-Y adalah golongan yang lebih kompleks dan mempunyai identiti tersendiri dengan ciri-ciri seperti Tech-savvy, Family-centric, Achievement-oriented, Team-oriented dan Attention-craving.

Mengambil kira perubahan dan perkembangan dalam pembangunan belia, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri 1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2010 telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut:-
(i) supaya penubuhan sebuah makmal khas iaitu Makmal Transformasi Pembangunan Belia diadakan dalam usaha untuk memahami kehendak dan keperluan Generasi-Y;
(ii) supaya Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) membantu dalam pelaksanaan makmal ini; dan
(iii) satu roadmap atau Pelan Strategik Utama perlu dibuat secara kolektif dalam menangani generasi baru.
Berikutan itu, semasa membincangkan keputusan Mesyuarat JKPB Siri 1 Bilangan 1/2010, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2010 telah bersetuju dengan keputusan-keputusan Mesyuarat JKPB tersebut.

IMPAK PELAKSANAAN MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia akan menarik penglibatan serta akses seramai 11.9 juta belia pada tahun 2011 dan dijangka akan meningkat pada setiap tahun. 
UNTUK PENDAFTARAN SINI BACA SINI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*