Monday, November 18, 2019

Jual Durian Kini Kena Permit?! #MalaysiaBaru

Berita baik untuk pengemar durian tempatan!

Raja Buah atau dikenali Durian di Malaysia iaitu Durian akan dikenakan permit dalam proses penjualannya. Lantaran rakyat Pulau Pinang yang amat menyukai buah ini ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Wong Yuee Harng berkata, peniaga perlu membuat permohonan dengan pihak MBPP dengan kadar segera. Ini kerana permit jualan durian akan akan berkuatkuasa bermula dari hari ini sehingga bulan Ogos. Sumber dipetik dari The Star.

Wong Yuee Harng

Bayaran untuk lesen perniagaan durian secara sementara ialah sebanyak RM1 setiap hari untuk setiap 40 kaki persegi, manakala RM 6 dikenakan setiap hari sebagai bayaran pembersihan sisa sampah durian.

Selain itu, peniaga perlu membuat bayaran kanopi sebanyak RM100 (400 kaki persegi dan ke bawah), RM200 (400 – 800 kaki persegi) dan RM300 (800 – 1200 kaki persegi) .

Pungutan ini dialaskan dengan alasan kebersihan sampah durian yang dilihat amat mencemarkan Pulau Pinang Pulau Mutiara itu tetapi jika dipersoalkan tentang perbuatan pencerobohan lereng bukit dan tambak laut itu dikira tidak mencemarkan alam sekitar.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan negeri untuk menjaga kebersihan persekitarannya tetapi kini lantaran hidup mewah rakyat di era Malaysia baru. Siapa yang ingin menikmati durian takkala musim akan tiba ini pastinya perlu membayarnya dengan harga   ‘potong leher’.  Kerana pihak peniaga pastinya meletakkan kos kos ini kepada para pelanggannya.