Kafir Tentang Sekolah Agama Rakyat






IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengingatkan pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye supaya tidak memanipulasi isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya dibimbangi akan mengeruhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.


Katanya, isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu kaum Melayu dan beliau sendiri menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu bapa murid yang mahu anak mereka belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa.

 

“Pembinaan SAR ini sebenarnya tiada masalah pun…kenapa pihak pembangkang nak kacau dan saya sendiri menerima SMS daripada ibu bapa murid sekolah ini yang mahu melihat anak mereka belajar dalam suasana yang lebih selesa.


“Oleh itu, saya minta Boon Chye jangan kacau isu pendidikan di kawasan itu kerana majoriti 85 peratus penduduk di situ adalah Melayu dan jika kaum Cina tidak suka kaum lain kacau pendidikan mereka, maka begitu juga kaum Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.



Isu SAR Taman Desa Aman telah berlarutan hampir sebulan yang lepas dan ramai umat Islam di kawasan berdekatan dipercayai masih kurang faham dengan isu itu yang diputarbelitkan oleh pemimpin PAS dengan bantuan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.


Sebelum ini, sekolah itu terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan surau baru Taman Desa Aman bagi memberi laluan kepada pembersihan dewan orang ramai.


Ibubapa murid yang berkiblatkan PAS dan PKR telah memanipulasikan perpindahan ini sehingga membawa kepada kehadiran pemimpin pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP untuk meninjau keadaan pelajar yang belajar di bawah khemah dan seterusnya mereka jadikan isu kononnya pelajar dihalau oleh UMNO Taman Desa Aman kerana UMNO mahu menggunakan dewan sebagai bilik gerakan pilihanraya sedangkan semua itu adalah pembohongan semata-mata.


Sementara itu, Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, berkata pada sesi dialog yang diadakan bersama penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman pada 16 Jun lalu, timbul sedikit kekecohan apabila Boon Chye cuba mengganggu perjalanan majlis itu yang bertujuan memberi penjelasan sebenar berhubung isu terbabit.





 “Bagi mengelak kejadian tidak diingini, saya telah menghubungi pihak polis agar sesi dialog bersama penduduk berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pihak pembangkang,” katanya.


Pada 16 Jun lalu, majlis dialog diadakan bagi mengenalpasti sokongan atau bantahan ke atas sekolah itu yang dikhususkan untuk penduduk Taman Pegoh Aman dan Taman Aman sahaja.


Malangnya, PAS dan PKR telah membawa penyokong Cina dari Gopeng untuk menggagalkan program dialog tersebut.


Akibat gangguan itu, beberapa penduduk tempatan terpaksa balik untuk menghindar sebarang 
pergaduhan.







Pihak pembangkang termasuk PAS telah mengambil gambar yang dimuatnaik ke Youtube dan memutarbelitkan fakta bahawa Hamidah menghalau penduduk tempatan yang hendak berdialog.

(pic : Yusof Aziz)

Tetapi yang sebenarnya berlaku ialah penyokong yang datang bersama pemimpin PAS dan PKR adalah penduduk Cina yang tinggal di Lawan Kuda dan Kopisan berdekatan Gopeng.


-Pencacai main taik mmg busuk dari kepala hingga dalam hati


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.