Kain Pelikat Dan Blogger?!

Dalam entry hari ini sahaja aku highlightkan kepada generasi muda jangan tak tahu pakai kain pelikat (terutama di bandar tu). Eh..Jangan marah k, semalam ada sahabat tanya aku camana nak mengenakan (pakai) kain pelikat. Jangan buat malu dengan karpal jika dia pandai pakai kain pelikat hahaha.. 


Aku tak ketawakan dia mungkin dia memang tak penah pakai atau tak ada orang yang sudi mengajarnya, begitu juga la dengan segelintir orang yang tak tahu mengaji Al-Quran, jangan pelik atau ketawakan dia, tetapi kenapa tidak kita fikirkan cara untuk membantu dia? tak gitu? Sharing its caring….


5 fakta kain pelikat yang korang tak tahu!



  1. Kain pelikat tidak pernah wujud dalam bentuk lain selain petak (bukaan kain)
  2. Kain pelikat ada kuasa psikologi terhadap korang sebab bila sebut pasal kain pelikat, korang mesti terbayang pasal kain corak petak² padahal ade je corak lain.
  3. Kain pelikat merupakan satu²nya pakaian yang korang boleh pakai terbalik tanpa ada orang tegur (InsyaAllah takde, sebab kain pelikat nampak lebih kurang je luar dengan dalam).
  4. Kain pelikat merupakan pakaian yang versatile dan boleh diterima di mana sahaja. Aku suka tengok gadis pakai kain pelikat baju kurung ♥

  5. Kain pelikat merupakan antara pakaian yang paling mudah dilipat dan disimpan disamping baju dan seluar (Betul kan? Lipat macam lipat kertas je kan?)
Cara pakai kain pelikat, Nak tulis takut tak paham..nah gambor…
ensem kan model aku?!

 Layan lagu nie gak 🙂
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*