Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa

Datuk Seri Najib Razak paling popular dalam kalangan mahasiswa dan lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding pemimpin pakatan pembangkang.


Ini berdasarkan kaji selidik Yayasan Ehwal Siswazah (YES) bertajuk Kajian Maklum Balas Pengundi Mahasiswa membabitkan 3,000 responden dari tiga universiti, bulan lalu.

Tiga universiti itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif, berkata 57 peratus mahasiswa yang menyertai kaji selidik itu menyenangi kepemimpinan Perdana Menteri dengan pecahan UKM sebanyak 75.1 peratus, UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus). – Berita Harian

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*