KALAH UNDIAN : NTV7 Padam Undian Antara Mahathir Dan Muhyiddin?

Admin menerima beberapa tangkap layar laman sesawang Facebook yang merujuk kepada NTV7 Mandarin News membuat undian diantara mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohammad dan Muhyiddin Yassin Perdana Menteri sekarang. Yang mana didalam undian tersebut bertulis (Status asalnya ditulis didalam bahasa mandarin yang mana Facebook mempunyai auto translate) :

The domestic political affairs have been in a state of disruptions recently, The League of nations and the Greek Union are launching the protection and seizure of power. Given the current situation, who do you think will be the winner?

sumber undian : https://www.facebook.com/151049370447/posts/10156981871735448/?d=n

 

 

Pada sekitar 4 jam status ini sudah memulakan undian dilihat undian Mahathir telah mendahului Muhyiddin Yassin dengan peratusan 70 berbalas 30.

 

Menariknya, 2 jam selepas itu (Mahathir menang) undian masih diteruskan jumlah undian menjadi sebaliknya yang mana Muhyiddin Yassin berjaya mengatasi Mahathir didalam undian tersebut dalam kiraan 66% bebalas 34% .

Kira kira sekitar jam 7.30 malam tadi status undian tersebut tidak dapat dimasuki lagi. Mungkin status undian itu telah dihapuskan atau admin facebook NTV7. Untuk makluman pembaca Facebook Rasmi tersebut mempunyai lebih kurang 488 ribu pengikut dan majoritinya dikalangan kaum Cina kerana ia menyiarkan berita dalam bahasa Mandarin.

 

 

***Perbuatan menyorok undian adalah satu tindakan yang tidak sihat.