Kalimah BiaDAP

Tindakan Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut kristian menggunakan kalimah ALLAH didalam hal berkaitan agama kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukkan undang-undang negara!

Dan tindakan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bersama pada 08 Januari 2013 bahawa penganut kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dengan alasan antara lain kononnya Islam membenarkannya membuktikan pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu pakatan yang tidak menghormati agama Islam, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukkan undang-undang negara.
Malahan Majlis Syura PAS telah pada 13 Januari 2013 menyanggah pendirian Presiden PAS sendiri dan ketetapan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan membuat pendirian yang sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama’ muktabirin serta NGO-NGO Islam dengan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam dan melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian atas dasar aqidah!
Namun pembangkang, terutamanya Karpal Singh, berserta beberapa pimpinan DAP-PKR telah terus menerus mempertikaikan keputusan Majlis Syura PAS, malah ada yang mendesak supaya Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan pelarangan tersebut dan akur dengan ketetapan pakatan DAP-PKR-PAS yang membenarkan kristian menggunapakai kalimah ALLAH!
Sebenarnya, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 telah memperuntukkan melalui Seksyen 91 bahawa kalimah ALLAH (termasuk beberapa perkataan dan kalimah lain saperti Baitullah, solat dan lain-lain) adalah dilarang penggunaannya oleh bukan-Islam.
Enakmen tersebut digubal oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada April 1988 (semasa dibawah pemerintahan Kerajaan BN Selangor) dan digazetkan pada Julai 1988. Enakmen yang sama juga telah digubal oleh hampir kesemua Dewan Undangan Negeri yang lain.
Bermakna hampir semua negeri telah menggubal undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim.
Dan untuk memperkuatkan kedudukan, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah menetapkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam (sila rujuk www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-Allah).
Fatwa pelarangan Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah diikuti oleh hampir kesemua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Selangor yang membuat gazet bagi fatwa tersebut pada 18.02.2010 melalui Sel. P.U. 6.
Apa yang jelas ialah sudah ada peruntukkan undang-undang yang sah dan sahih digubal melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam. Peruntukkan ini dipanggil ‘Undang-Undang Anti-Dakyah Agama’ yang dengan jelas menyatakan memperuntukkan “bahawa penggunaan kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam dan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan bukan Islam adalah dilarang sama sekali dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka”.
Peruntukkan undang-undang ini pula sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain terhadap orang Islam. Cerita Penuh SINI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*