KANTOI: Guan Eng Arah Tommy Thomas Tarik Pembekuan Akaun Taikun?

Tular hari ini beberapa surat yang diviralkan di media sosial menjawap persoalan siapakah yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menarik balik sekatan ke atas beberapa akaun milik seorang taikun hartanah yang mana sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB.

 

Beberapa dokumen turut mendapati permintaan Lim yang dibuat pada akhir Mei tahun lepas itu dipenuhi peguam negara ketika itu, Tommy Thomas, dalam tempoh 2 minggu. Thomas membuat keputusan tersebut walaupun diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang wang sebanyak RM4 juta gagal dipulangkan oleh taikun itu kepada kerajaan.

Timbalan ketua pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahya mengesahkan bahawa agensi itu menarik balik sekatan ke atas akaun taikun terbabit seperti diarahkan oleh peguam negara pada masa itu. Bagaimanapun pun ia hanya berbaki RM76,000 apabila pembekuan akaun ditarik balik.

 

 

 

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau hanya merujukkan perkara itu kepada Pejabat Peguam Negara. Sedangkan dokumen yang telah didedahkan kepada umum pada hari ini jelas mempunyai tulisan tangan bertulis :

“please lift the freeze as requested by YAB PM”?

Jelas maksud yang difahami disini, tulisan tangan berserta tanda tangan tersebut menyatakan ia satu arahan bukan makluman sepertimana yang dimaklumkan oleh Guan Eng. Penularan surat ini jelas menunjukan belaku gangguan secara bebas dalam urusan pihak Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di era 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan yang kecundang pada 24 Feb tahun ini. [Sumber Dokumen]

Dokumen yang didedahkan dari sumber itu turut mendakwa Mahathir (yang juga Perdana Menteri ketika itu) turut terlibat?

 

Surat yang mempunyai tulisan tangan dan tanda tangan Mahathir?