Monday, November 18, 2019

Karpal Singh sekeh Hadi Awang lagi


“PAS percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.
“Ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, tambahnya, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
Kenyataan Abdul Hadi itu dibaca oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, PAS percaya maksud utama peraturan kecil itu untuk adalah untuk tujuan tersebut.
“PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa mereka bersedia menimbang cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu salun ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam.
“PAS Pusat sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan kerajaan Kelantan.
“PAS sentiasa komited menyelesaikan apa-apa jua permasalahan mengikut pintu rundingan,” katanya.
Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.
Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.
Tindakan tersebut mencetuskan kontroversi dan beberapa pemimpin Pakatan, termasuk pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut

Lagi sini> Suara generasi baru

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Leave a Reply