Karpal Singh Tengah Sekeh Hadi Awang Laju-Laju

DAP menggesa PAS menyelaras semula pendirian berhubung isu kalimah Allah tidak bercanggah dengan Pakatan Rakyat.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti tersebut disaran mengadakan ketetapan dan mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian PAS agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan pakatan pembangkang dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lalu yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. – KLpos

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*