Kegagalan Kerajaan Selangor Alami Tiada Peluang Kedua

Selangor masih lagi menjadi permainan rebutan antara kedua-dua parti Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Negeri yang kaya dengan dan paling maju ini buat pertama kalinya jatuh ke tangan pakatan rakyat pada PRU12.

Dengan pentadbiran dibawah Pakatan Rakyat selama 4 tahun ini, pelbagai masalah telah timbul dan jelas telah membebankan rakyat. Kebajikan rakyat tidak terjaga seperti masalah sampah, air terus menghantui rakyat Selangor.

Sepanjang tahun pertama pakatan rakyat memerintah, halangan dan gelora yang tiba sepanjang pentadbiran telah menunjukkan Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir Selangor. Masalah demi permasalahan timbul dan Selangor menjadi kelam-kabut.

Dengan skandal pasir, skandal Talam Corporation, UNISEL, PKNS, Selangor telah huru-hara. Namun inilah pengajaran buat Barisan Nasional setelah 50 tahun memerintah Selangor. Pada PRU13 ini Barisan Nasional tekad untuk merampas kembali Selangor agar tidak tergadai.

Pemimpin UMNO harus menyesuaikan diri dengan senario politik baru di Selangor dan berusaha memenangi hati rakyat terutamanya menjaga kebajikan rakyat. Calon Barisan Nasional juga haruslah relevan dan yang mampu memberi yang terbaik untuk rakyat. Bukanlah calon yang hanya mahu mempopularkan diri mereka, untuk kepentingan individu atau bersikap sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tujuan politik adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Semangat ini harus diterapkan kepada calon-calon dan ahli-ahli dan jika ini yang berlaku, tiada lagi masalah untuk berjuang serta tidak memberi laluan kepada individu yang lain.

Kejayaan UMNO mestilah menjadi keutamaan. Tidak guna melibatkan pihak ketiga untuk menjadi calon kerana apa yang penting ialah bahawa calon itu diterima oleh rakyat kerana perkhidmatan mereka.

Barisan Nasional meletakkan tekad untuk kembali merampas Selangor pada PRU13 nanti. Jentera Barisan Nsional telah bersedia dan akan berjuang habis-habisan agar Selangor tidak lagi dibebani masalah dan rakyat tertindas.


Seperti yang terjadi baru-baru ini lebih dari 3,000 ibu tunggal yang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut RM16 juta dalam peruntukan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 yang lalu.


Kemudian saman undang-undang dari 2020 pengguna di negeri Selangor yang mendakwa mereka tidak dibekalkan dengan subsidi air dibawah skim air percuma yang juga sebahagian dari manifesto yang lalu.

Apapun negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat telah menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat. Naum timbul pelbagai masalah lain dan pelbagai skandal. Khalid Ibrahim harus bertanggungjawab.[SUMBER]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*