Keji DAP Cuba Dapatkan Publisiti Murahan?!

Apabila Sabah diceroboh Kit Siam dan Tiaan Cuar diantara individu yang lantang dan paling cepat respon. Diantaranya  mereka cuba menekan agar pihak kerajaan Malaysia agar segera melancarkan serangan balas akibat tindakkan pengganas di sana.

Pihak tentera dan polis mengambil langkah bijak dengan membuat analisis yang tepat dan kebarangkalian untuk mengurangkan risiko kemalangan/kematian pihak anggota keselamatan yang dikerahkan ke Lahat Datu dan Semporna Sabah.

Jika masih kita ingat dalam kejadian tembak menembak di sana. seorang remaja telah menjadi korban apabila pasukan keselamatan telah tertembak remaja tersebut ketika melakukan “Op Daulat” dikawasan “Red Zone” di sana.

Kalian bayangkan jika pihak tentera mengambil langkah drastik membuta tuli mengerahkan tentera semenanjung seperti desakkan Kit Siam yang mahu pihak kerajaan segera menyerang balas tindakkan pengganas tanpa memikirkan kebarangkalian yang bakal ada. Agaknya berapa ramaikah rakyat Sabah akan menjadi korban tertembak oleh pasukan keselamatan dari semenanjung yang tidak dapat/sukar membezakan rupa paras dan gaya orang Sulu dengan orang Sabah.

Kini seko dari mereka menggesa agar parliment membuat sidang tergempar kononnya mahu membincangkan tentang perkara ini sedangkan sebelum ini mereka hanya tahu mendesak tetapi tidak memberikan manfaat yang baik berkenaan isu ini!!!
Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini (semalam) mengulangi gesaan pembangkang agar satu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membincangkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah. 
Sidang tergempar itu perlu diadakan untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap usaha pasukan keselamatan membanteras pengganas terbabit, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina itu telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara sejak 1 Mac lepas. – Bernama
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*