Kejohanan Badminton “Future X-Plode”

Kejohanan Badminton “Future X-Plode” KBS – Nusa Mahsuri 2012 ini  merupakan kesinambungan daripada Kem Bakat Badminton KBS –

Nusa Mahsuri Peringkat Zon dan Negeri yang telah diadakan sejak tahun 2009 hingga 2012. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang julung kali diadakan bagi mengukur sejauh manakah ilmu yang  dipelajari di dalam program-program Kem Bakat sebelum ini dapat diaplikasikan oleh peserta.

Objektif
  • Menyediakan peluang dan ruang kepada bekas peserta Kem Bakat Badminton Peringkat Zon dan Negeri tahun 2009-2012 untuk mempamerkan bakat dan bertanding ke peringkat lebih tinggi.
  • Mencungkil bakat baru dalam sukan badminton yang boleh dijadikan  pelapis kepada pemain sedia ada.
  • Meningkatkan penglibatan masyarakat yang sihat dan cergas selaras dengan konsep ‘Malaysia Cergas’.
  • Membantu meningkatkan usaha Kelab Badminton Nusa Mahsuri dalam  mengenalpasti bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi lagi.
Cadangan Tarikh dan Tempat Pelaksanaan
Cadangan jangkamasa pelaksanaan kejohanan ini adalah selama lima (5) hari iaitu bermula pada 20 hingga 24 Disember 2012 (Khamis hingga Isnin) dan tempat pelaksanaan kejohanan ini  adalah di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Presint 14, Putrajaya.

Untuk penyertaan sila klik sini[Download]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*