Kelantan : 7 Projek Besar Bakal Beri Pulangan

Tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi dilihat bukan sahaja menyeluruh malah tempiasnya bakal turut dinikmati oleh penduduk di Machang.


Ketua UMNO Machang Datuk Jazlan Yaakob berkata boleh dikatakan tiga daripada tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal memberi faedah kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Menurut beliau masalah air, pembinaan lebuhraya yang tentunya melalui kawasan berkenaan serta pembinaan perumahan rakyat sudah pasti sedikit sebanyak akan melegakan penduduk setempat.
“Nampak jelas pengumuman tersebut bukan untuk orang UMNO sahaja…dan pengumuman itu juga bukan untuk BN semata-mata tetapi secara jelas ianya adalah untuk manfaat seluruh rakyat Kelantan.
“Biarlah orang cakap apa…biarlah orang perli macam-macam tetapi hakikatnya itulah bukti yang jelas bahawa kerajaan pusat tidak meminggirkan rakyat Kelantan secara menyeluruh. Segala fitnah dan tohmahan selama ini terhapus,” katanya UMNO-Online di sini.
Menurut beliau lagi masalah air yang sekian lama menghantui penduduk di Machang bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat setempat.
“Perkara ini telah lama berlaku…..inilah yang kita harapkan. Begitu juga soal lebuh raya..Ini tentunya akan dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan. Cumanya nanti tentunya lebuh raya itu akan melalui Machang ini.
“Perumahan rakyat pula sudah pasti kita mengharapkan Machang akan turut terkena tempiasnya daripada jumlah yang diumumkan itu,“ katanya.
Tambah beliau lagi rakyat Kelantan hari ini dapat menilai keihlasan Perdana Menteri yang mengumumkan perkara tersebut.
“Inilah komitmen BN untuk memajukan Kelantan dan bukannya sepertimana dakwaan sesetangah pihak dengan pelbagai fitnah dan segala tohmahan. Selepas ini usahlah bermain dengan dakwaan itu lgi. Rakyat boleh lihat sejelas-jelasnya,’ ujar beliau.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*