Kelantan Tertiarap Awal Saingan

kelantan kalah
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR : Juara trebel musim lepas, Kelantan, menerima tamparan hebat pada awal musim apabila kalah 1-0 kepada pasukan kelab T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam Sabtu.

Keputusan tidak diduga itu sudah pasti mengundang kritikan penyokong ‘The Red Warriors’ apabila skuad bimbingan Bojan Hodak yang nampak tidak bermaya untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.

Bagaimanapun, T-Team, dibawah kendalian Peter James, mencipta kemenangan pertama selepas dua perlawanan apabila Mohd Aizulridzwan Razali menjaringkan gol tunggal seawal minit kesembilan.
Di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan jemputan Lions XII mencapai kemenangan kedua apabila mengalahkan Selangor 1-0, hasil jaringan Fazrul Nawaz pada minit ke-24.

SUMBER

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*