Kelantan : Tiada hak-milik tanah, kecuali kroni!

22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990,antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan,pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela,jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang,sebuah rumah,peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai ??? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja.Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan,tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja. ADA LAGI klik SINI

Nama siapa tu????


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*