KEMAS : Giliran Wan Aziizah Menjilat!!

Kenapa Wan Azizah Ambil Pelajar-Pelajar Kemas Untuk Kempen Pilihanraya PR? Kenapa Bukan Pelajar-Pelajar Kempen Pilihanraya PR? Kenapa Bukan Pelajar-Pelajar PASTI?

Garu kepala aku yang tidak gatal apabila melihat salah satu poster dan banner Pakatan Haram apabila mengambil dua pelajar-pelajar Tadika Kemas sebagai model untuk kempen mereka. Lihat kedua-dua pelajar di sebelah kanan Wan Azizah yang memakai pakaian seragam Tadika Kemas. 
Apakah poster ini terlepas pandang atau Wan Azizah mengiktiraf Tadika Kemas yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini? Kenapa tidak diambil model-model kanak-kanak daripada pelajar-pelajar Taska PASTI yang dipelopori oleh rakan sekutu mereka dari parti PAS?
Umum mengetahui beberapa kali Kerajaan Pakatan Haram di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (zaman pemerintahan Nizar The Puppet) cuba untuk mengusir pelajar-pelajar Kemas setelah mereka berjaya membentuk Kerajaan selepas 2008. Tidak percaya? Rakyat tidak pernah lupa. Lihat kejadian-kejadian berkenaan dilaporkan di sini, Klik link di bawah ini:
Apakah poster di atas untuk menebus dosa atau poster di atas lebih kepada sandiwara dan wayang yang kerapkali dimainkan oleh Pakatan Haram?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*