Kempen Kali Ini Lebih Meriah?!

Orang muda lebih cenderung kepada Barisan Nasional.

Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerusi Parlimen Putrajaya hari ini dimeriahkan dengan kehadiran golongan artis yang tidak mahu ketinggalan turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Antara artis yang terlibat dalam program bersama masyarakat di Taman Metropolitan, Presint 9 itu ialah Fauzi Nawawi, Lisdawati, Azza Elite, Watie Elite, Joey, Pian Cecupak, Syawal Akademi Fantasia (AF), Beego, Linda Hashim, Isma AF, Serina Redzuwan dan Normah Damanhuri.
Kehadiran artis berkenaan menarik perhatian apabila mereka turut menghadiri majlis gotong-royong dan mengedar risalah bersama calon Parlimen Putrajaya itu di sekitar kawasan perumahan di sini.
Menurut Tengku Adnan, kehadiran artis yang menyokong kempen BN membuktikan majoriti anak seni masih berdiri teguh di belakang kerajaan.
“Pembangkang selalu mendakwa artis sokong mereka namun, hari ini terbukti ramai artis yang sokong BN.
“Malah artis yang beri sokongan kepada kita terdiri daripada pelbagai golongan termasuk artis muda tidak seperti artis yang menyebelahi mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Berikut pandangan artis mengenai BN:
FAUZI NAWAWI, pelakon dan pengundi di Parlimen Setiawangsa – “Dari zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga hari ini negara kita semakin maju adakah kita hendak tukar kemakmuran negara kita kepada kemunduran.
“Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan artis dan semua pengundi agar tidak membuat kesilapan sekali salah pangkah kita akan merosakkan masa depan sendiri.”
AZZA ELITE, pelakon, penyanyi dan pengundi di Parlimen Bukit Antarabangsa – “Kami sebagai golongan artis akan berjuang habis-habisan untuk membantu calon BN menang dan sekali gus menerajui kepimpinan negara.
“Kerajaan BN dari dulu banyak membantu anak-anak seni dan kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bersama artis baru-baru ini membuktikan kerajaan mendengar dan peka dengan masalah kami.” – UTUSAN ONLINE
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*