Kenapa Ada Yang Nak Sabotaj Parti?!

Blog kecil ini aku tak pasti la ade ke pak menteri nak baca???? Sabotaj Wakil Parti???
Pemilihan wakil yang tidak tepat juga menyumbang kepada Ahli sendiri tidak keluar mengundi kerana rakyat tahu isi perut wakil itu, Contohnya calon itu tidak menepati kehendak rakyat disitu seperti terlalu lama memegang jawatan, berpolitik kotor, isu setempat dan pelbagai² hal yang memburukkan wakil itu sendiri, Saya sebagai pengundi muda dikawasan saya pun kadang kala tak leh nak mengakui semuanya perfect tapi mohon yang dicalonkan itu atas dasar kemampuannya dan mampan membela rakyat…Orang muda zaman ini lebih pada pendekatan yang realistik bukan politik semata-mata, Pada saya isu sabotaj tidak timbul jika Ahli sama setuju dengan pucuk pimpinan, Ahli yang baik akan menegur mereka² yang diatas, untuk kebaikan masa hadapan, Dunia tidak pernah berubah, Hanya manusia yang buat kerenah.– Daeng

Awas… ada ‘mata-mata’ di setiap UMNO bahagian..Inilah Yang Terbaik Buat UMNO

Menyedari isu sabotaj parti merupakan antara penyebab utama kekalahan besar pada PRU ke 12, UMNO ambik satu langkah ke hadapan iaitu wujudkan ‘mata-mata’ atau pemantau di semua 191 bahagian UMNO seluruh negara.Seorang daripada tujuh wakil setiap bahagian UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu tahun lalu akan di pilih sebagai ahli jawatankuasa khas pemantau kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata pemantau yang dilantik kelak akan melaporkan terus kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Jelasnya, pemantauan tersebut bagi memastikan tiada sebarang unsur sabotaj atau cubaan mengkhianati parti berlaku.Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang Jumaat“Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan,” katanya.Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
“Tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil,”ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai persiapan pilihanraya, kata Najib, jentera parti UMNO sudah bersedia menghadapinya.Beliau berpuas hati dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), dan akan terus berusaha bagi mendapat sokongan pengundi.“Kita telah menerima laporan audit hingga peringkat bahagian mengikut tinjauan dari laporan itu, kita puas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang memuaskan.
“Di samping itu kita harap usaha-usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan PRU, akan diteruskan lagi oleh pimpinan setiap bahagian,” katanya.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*