Kenapa Anwar Tukar Tempat Bertanding?!

Senario touch n go hari ini sibuk diperkatakan oleh rata-rata calon tua-tua bangka pakatan rakyat, bermula dengan Kit Siang kini Anwar pula.

Tidak dinafikan nama-nama ini bijak mengambil peluang yang terhidang. Tun Mahathir  juga memberikan komen yang boleh diakui Anwar kini goyang pematang pauh akibat selalu mendendangkan lagu “tanya sama pokok” dan ikuti pendedahan skandal mirip selalu oleh rajagoyang360.blogspot.com.
Ditambah pula media baru banyak mendedahkan penglibatan beliau diluar negara termasuk agenda yahudi beliau dengan memberi sokongan kepada pencerobohan israel [ANNAPOLIS]
Beliau beralih angin cuba memasuki kawasan kampung yang masih virgin tidak terdedah dengan isu-isu keatas beliau yang kini berputar didalam media siber hari ini dan masih belum terjawab.
Jika dikawasan pendalaman, rata-rata pembangkang masih berpegang dengan kata-kata disetiap ceramah atau medium cetak yang dianjurkan/edarkan pembangkan dan penyokong ini tidak meneliti apa yang sedang hangat diperkatakan dikawasan bandar. Maklum la ramai yang memboikot berita di TV3 / TV1 dan hanya layan cerita Carlos sahaja walaupun dalam jalan cerita Carlos tu pun ada mencuit perbuatan seperti masa muda beliau semasa di MCKK.
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”

”Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh. – BERNAMA
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*