Monday, October 21, 2019

Kenapa Duit GST Masuk Akaun Hasil Kerajaan?!

DS Najib menjawap persoalan yang diajukan kepada beliau dilaman sosial rasmi beliau berkenaan belaku perubahan akaun kutipan GST untuk ‘REFUND’ dimasukkan kedalam akaun HASIL Kerajaan yang dikawal oleh Bank Negara, Peguam Negara dan Audit Negara ketika itu.

DS Najib Menulis :

Kerajaan BN dahulu salah masuk akaun? Kita langgar undang-undang untuk wang GST itu? Tak dibenarkan untuk masukkan hasil GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan?

Rakyat boleh menilai selepas membaca penjelasan ini.

Semua yang saya lampirkan di sini adalah petikan-petikan dari laporan PAC tentang wang GST itu. Terlebih dahulu, siapa yang menggubal Akta GST 2014 itu? Ianya kerajaan BN sendiri yang gubal.

Dalam akta itu, Seksyen 54 (5) Akta GST jelas memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk hasil GST dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan.

Perkara 97 (1) Perlembagaan Negara pula menetapkan bahawa semua hasil kerajaan mesti dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan.

Pegawai-pegawai atasan kementerian kewangan dan Jabatan Kastam DiRaja berpendapat tidak salah atau melanggar undang-undang.

Malah Akauntan Negara yang menasihatkan saya untuk membenarkan hasil GST dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan terlebih dahulu.

Ini juga kaedah yang digunakan oleh negara-negara lain yang mengamalkan GST di mana hasil GST dimasukkan ke dalam Akaun Hasil di – Satukan masing-masing.

Jabatan Audit Negara yang telah mengaudit proses ini selama 4 tahun serta Peguam Negara terdahulu pun tak pernah kata BN langgar undang-undang tentang langkah ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharan (KSP) lantikan kerajaan PH pun kata tak salah

Malah dikatakan ianya langkah penting untuk menguruskan aliran tunai (cashflow management) kerajaan.

KSP juga mengesahkan wang dalam akaun GST adalah sebanyak RM22.85 bilion iaitu lebih dari mencukupi untuk membayar kesemua tuntutan GST yang berjumlah RM19.4 billion.

Tambah beliau, masa GST dimansuhkan pada 1 Jun 2018, hanya RM1.5 billion dari RM19.4 bilion itu telah disahkan dan diluluskan untuk dibayar.

Namun setahun selepas itu pada bulan Jun 2019, masih hanya RM6 bilion dari RM19.4 bilion itu disahkan dan diluluskan untuk dibayar balik.

Bagaimanapun, laporan PAC kata hanya Peguam Negara seorang sahaja yang berpendapat kerajaan BN dahulu telah melanggar undang-undang.

Yang lagi pelik ialah apabila Peguam Negara memberi pendapat mereka kepada panel ahli-ahli PAC, surat beliau disalin kepada Guan Eng seorang sahaja walaupun Guan Eng juga antara subjek kepentingan yang disiasat oleh PAC.

Menteri Kewayangan seorang sahaja disalin. Power betul Guan Eng ini.

PM, ahli-ahli parlimen lain atau pegawai atasan kerajaan pun tak dapat.

Jadi, apa kesimpulannya?

Pegawai atasan Kementerian Kewangan kata tak salah. Pegawai atasan Jabatan Kastam kata tak salah. Pegawai teratas Perbendaharaan Negara tak kata salah. Malah berpendapat ini langkah wajar. Jabatan Audit Negara tak kata salah. Peguam Negara terdahulu tak kata salah.

Akta GST membenarkan.

Perlembagaan Negara pula memerlukan semua hasil kerajaan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Akaun Hasil Disatukan Kerajaan. Hanya Peguam Negara baru lantikan kerajaan PH seorang je yang kata BN langgar undang-undang dan telah memasukkan dalam akaun yang salah.

Itupun selepas jawapan beliau disalinkan kepada Guan Eng.

sumber : Facebook Najib Razak