Kenapa Rakyat Perlukan ISA [Imbas Kembali]

Ingatkah lagi Seorang rakyat Malaysia yang ditembak mati di Filipina!!!

Penulis adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mahukan supaya ISA diteruskan.Malah ISA sebenarnya memberikan kita jaminan khususnya dalam melakukan kerja-kerja pencegahan yang melibatkan kekacauan dan soal yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

Mungkin juga sesetengah dari kita sebelumnya tidak tahu bahawa ISA juga sebenarnya merupakan tempat dimana mereka-mereka yang terpilih (di tangkap) menjalani proses pemulihan dan pemahaman bahawa kebencian yang membawa kepada keganasan merupakan tindakan yang merugikan banyak pihak.
Pencegahan setelah kita mendapat maklumat tentang bakal berlakunya satu-satu kekacauan mahupun keganasan adalah tindakan terbaik kerana kita tidak menanti saat dan ketika sesuatu perlakuan itu sudah pun berlaku kerana kesannya cukup memeritkan.
Bahkan dalam satu-satu keadaan nyawa menjadi taruhannya.
Jom kita tengok senario yang Penulis catatkan di bawah,

Bayangkan sekiranya kita sudah pun mengetahui bahawa seseorang itu bakal melakukan sesuatu yang mampu membawa bencana kepada masyarakat lainnya tetapi segala perancangan tersebut hanya tersimpan didalam otak seseorang manusia , apakah tindakan yang harus kita ambil bagi mencegahnya ?


Dengan pemansuhan ISA dan melihat kepada senario diatas bererti kita tidak mampu melakukan apa-apa sehinggalah si pelaku tersebut melakukan sesuatu contohnya membunuh.Pernahkah kita terfikir bahawa menangkap setelah sesuatu perlakuan itu sudah pun dilakukan membawa maksud kita sudah pun kehilangan satu nyawa ? 
Itu adalah satu daripada ribuan kes-kes yang sebelum ini mampu ditangani dengan baik melalui ISA.Namun kini dengan pemansuhan ISA tersebut kita mengharapkan akta baru yang mampu menyaingi akta yang telah dimansuhkan ataupun akta yang lebih baik daripada ISA.
Mengapa Penulis menulis tentang ISA ? Kerana Penulis antara rakyat Malaysia yang turut bersedih dengan berita kematian seorang rakyat Malaysia yang ditembak mati di Filipina baru-baru ini kerana terlibat dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Baca kenyataan dibawah ,
Bapa kepada anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang mati ditembak di Davao, Filipina pada Jumaat lalu berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi mencegah kejadian sama berulang seperti yang menimpa anaknya, Mohd. Noor Fikrie, 26. Abd. Kahar Sirun, 53, berkata, walaupun ISA sudah dimansuhkan, undang-undang yang menggantikannya perlulah cukup kuat supaya rakyat negara ini yang disyaki terjebak ke kancah keganasan boleh diselamatkan sebelum mereka pergi lebih jauh.

“Pihak berkuasa memaklumkan, anak saya telah lama disyaki menyertai JI tetapi tidak boleh melakukan penangkapan kerana belum berjaya mengumpul bukti kukuh untuk menahannya.

“Namun, jika ISA masih wujud, saya pasti arwah akan ditahan sebaik sahaja pihak berkuasa menghidu penglibatannya dalam JI, sekali gus menghalangnya daripada melakukan kesalahan lebih besar seperti yang telah dilakukan baru-baru ini sehingga menyebabkannya mati ditembak,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi inilah kesannya apabila rakyat Malaysia sendiri terlalu taksub dengan gerakan dan suara-suara sumbang sesetengah pihak khususnya di Malaysia satu ketika dulu kononnya ISA perlu dimansuhkan kerana ianya adalah undang-undang yang tidak adil.

Penulis bukan mahu menafikan Qada dan Qadar daripada Allah swt tetapi bukankah sekiranya ISA masih belum dimansuhkan Allahyarham Mohd Noor Fikrie barangkali kini sedang menjalani pemulihan di pusat tahanan ISA di Malaysia ?
Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Noor Fikrie..
*Isu Lahat Datu…si sotong Tiang Cuar biadap menyalak seperti kung kung yang hari ini mempertahakan diri kononnya ini semua rancangan UMNO, Yang duk kung kung tu diri dia sendiri….puihh Sah sah dia punya kerja…. [Fakta Lahad Datu]
Sumber: Mahamissa
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*