Kerajaan Guna Duit Haram Bayar Hutang Negara?!

Itupun masih tidak cukup. Guan Eng meminta bajet tambahan RM15.5 bilion lagi untuk Belanjawan 2019.

Hampir tiga suku atau 75 peratus daripada dana Tabung Harapan Malaysia digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB.

Kementerian Kewangan menggunakan RM143.75 juta untuk membayar kupon sukuk 1MDB pada 24 Mei tahun ini, seperti yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai hutang dan liabiliti kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Februari lalu mengumumkan bahawa Tabung Harapan telah mengutip RM202.72 juta sebelum ia ditutup secara rasmi pada 14 Jan, 2019.

Wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpanan tetap yang diuruskan oleh Jabatan Perakaunan Negara, yang menjana faedah sebanyak RM575,342 – menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM203.29 juta.
Iklan

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan pada 30 Mei 2018, bagi rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha mengurangkan hutang negara.

Tabung itu ditubuhkan selepas ramai penyokong kuat Pakatan Harapan yang meluahkan hasrat untuk menderma bagi membantu selepas kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan bahawa hutang negara berjumlah lebih RM1 trilion. Duit duit dari tabung ini dikhuatiri dimasukkan dari sumber sumber yang tidak jelas dan tidak diketahui. Secara amnya tokey kedai judi haram @ mesin kuda juga turut boleh memberi sumbangan. Kerana pihak gereja juga turut memberikan sumbang (Dan akhirnya Kerajaan pula akan memberikan sumbang dana kepada gereja?)

Kini Kerajaan telah mewujudkan hutang baru dalam tempoh beberapa bulan. Jumlah hutang kerajaan telah meningkat RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada Mac lalu berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017.

Itupun masih tidak cukup. Guan Eng meminta bajet tambahan RM15.5 bilion lagi untuk Belanjawan 2019. Kerajaan Pakatan Harapan akan terus membuat hutang baharu berdasarkan petunjuk kadar defisit tahun ini yang lebih tinggi diumumkan dalam Belanjawan 2019.