Kerajaan Sentiasa Meringankan Beban Rakyat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat di negara ini terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara supaya lebih banyak sumbangan dan khidmat kebajikan dapat disalur kepada mereka.

Beliau berkata sejak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan lima pemberian wang dan baucar kepada rakyat selain tujuh jenis subsidi bagi meringankan beban rakyat.
“Jika rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah Negara dan negeri selepas pilihan raya umum akan datang, saya percaya lebih banyak pemberian dan sumbangan akan diperkenalkan oleh kerajaan yang faedahnya akan dikecapi oleh rakyat sendiri,” katanya pada Majlis Himpunan Barisan 1Malaysia Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di Dewan Warisan hari ini.
Ahmad berkata setiap rakyat harus mengekalkan semangat perpaduan untuk memperkukuh pembangunan negara dan sedia berdepan apa sahaja halangan yang cuba ditimbulkan pihak tertentu.
Sebelum itu, ketika merasmikan perhimpunan tersebut, Md Isa berkata usaha pembangkang untuk merampas pentadbiran negara tidak akan tercapai selagi rakyat terus menyokong BN dan penyokong parti komponen BN mengekalkan semangat setiakawan dalam parti.
“Kekuatan musuh tidak segagah mana, dan kita tidak akan kalah kerana kekuatan musuh, tetapi mungkin akan menghadapi masalah jika sesama dalam parti sendiri tidak menunjukkan semangat kesetiaan,” katanya.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*