Kita sudah sedia maklum pemimpin-pemimpin PAS sering menuduh pemimpin UMNO kafir, munafik, menolak hukum Islam dan sebagainya hanya kerana kononnya UMNO tidak melaksanakan hukum Islam iaitu hudud.
Saya tak pastilah samada mahkamah syariah yang ada di negeri Kelantan itu telah wujud sebelum merdeka, adalah hasil usaha pemimpin PAS.
Ataupun kerana undang-undang itu tidak kedengaran bunyi arab maka lebai-lebai PAS merasakan undang-undang tersebut tidak Islamik.
Tahukah mereka Kerajaan Malaysia telah lama melaksanakan 7 jenis kesalahan jenayah hudud dalam undang-undang Syariah dan Sivil.
Antara kesalahan jenayah hudud tersebut ialah:
1- Murtad
2- Zina
3- Qazaf Fitnah
4- Arak
5- Mencuri
6- Merompak
7- Bughah (memerangi kerajaan yang sah).
Manakala jenayah hudud dibawah udang-undang syariah enekmen Agama Islam negeri ialah:
1- Murtad
2- Zina
3- Arak
4- Qazaf
Jenayah hudud dibawah undang-undang sivil kanun jenayah pula ialah :
1- Mencuri
2- Merompak
3- Bughah – (akta SOSMA)
Ini sudah cukup membuktikan bahawa kesalahan jenayah dalam undang-undang Syariah Islam seperti hudud dan qisas terdapat dalam undang-undang sivil Malaysia dibawah hukum takzir.
Seperti yang kita sedia maklum, sesuatu kesalahan hudud dan qisas yang tidak memenuhi syarat untuk proses keadilan, maka kes itu boleh dijalankan dengan pengunaan hukum takzir iaitu undang-undang 3.
tbc
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Leave a Reply