Keramat Kini Dilelong Kepada Bukan Melayu?


PROJEK DATUM JELATEK KEMUSNAHAN DAN MELAYU BAKAL TERPINGGIR
Apa akan jadi kepada penduduk Melayu bila Projek Datum Jelatek bila pembinaan ‘TWIN TOWER’ WINGS, CHINESE MAINSTREAM’ DISTRICTS yang bakal diwujudkan? adakah ini cara menyisihkan bangsa Melayu dari kawasan yang didiami oleh Orang Melayu dari awal lagi?
Adakah pemilik yang telah pun menjadi separuh dari Projek ini dimiliki oleh warga asing menandakan pengusiran oarang Melayu dari kawasan jelatek, kawasan taman keramat ini? bukankah dengan cara ini oarang melayu bakal tersisih kerana pembangunan gergasi ini hanya kerana tidak mampu memiliki sekalipun ditawarkan untuk Bumiputera dengan nilai rm 700k untuk seunit?
Dari 4 blog bagunan ini (block A&C) bangunan pangsapuri ini telahpun dibeli secara pukal oleh pelabur asing, Penjualan juga dibuat dinegara asing ini amatlah membimbangkan kita dengan nasib orang Melayu di taman keramat ini khususnya, ini bermakna 50% dari pangsapuri mewah ini akan diduduki oleh orang asing.
Baki dua blok lagi nampaknya akan diberi kepada 50% untuk bumiputera dan 50% lagi kepada bukan bumiputera, bukankah kawasan Taman Keramat ini juga merupakan eklusif penempatan khusus kepada orang Melayu?
Nilai harga yang ditawarkan kepada oarang Melayu adalah RM 700 ribu untuk seunit, berapa ramaikah oarang Melayu disitu yang mampu memilikinya? kuota yang ditawarkan kepada orang Melayu pada unit ini di block yang termurah, paling bersauz kecil dan lokasi yang paling tidak strategik lansung
Yang Nyata kawasan ini juga akan mengundang kemusnahan sekitar selain akan mejadikan beberapa kawasan perumahan bakal diruntuhkan bagi membolehkan projek ini diadakan, malah salah satu dari syarat utamanya memerlukan jalan Enggang dilebarkan kepada 4 lorong yang tentunya akan memusnahkan beberapa kawasan penduduk Asal Melayu disini..
Demi pembelaan terhadap isu ini sekalipun bukan berunsur Politik maka satu kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai BARISAN BERTINDAK DATU JELATEK akan mengadakan sessi penerangan demi hak Orang melayu dan menangkis pencabulan ini di :
LORONG ENGGANG SATU, TAMAN KERAMAT
PADA 16.2.2013 (SABTU), 9.30 MALAM
Boleh juga ke laman blog (BANTAH DATUM) untuk cerita lanjut atau hubungi diemail bantahdatumjelatek@gmail.com
Pada sekupang Orang Melayu kena bersatu jika beginilah pembangunan yang nampaknya istemewa kepada orang asing, tambah lagi kawasan Taman Keramat yang menjadi penempatan asal bagi orang Melayu… Sekupang masih teringat bila blog pertama menjadi medan tempur membahaskan isu di blog Pemuda jalan Enggang… 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*