Kereta 4 sahabat bertembung, Seorang maut!!

“Dia menunjukkan jari ke rusuk kirinya, mungkin disebabkan rasa sakit pada bahagian itu,”- SAKSI


DUNGUN – Nurul Syazwani Roslan, 20, yang terbunuh selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum merempuh kenderaan lain di Kilometer 87, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran kawasan rekreasi Hutan Rimba Bukit Bauk, di sini, sempat menunjukkan jari ke rusuk kirinya sambil mulutnya beberapa kali menyemburkan darah.
Seorang saksi yang ditemui, Mazlan Alwi, 45, berkata, dia bersama beberapa pengguna jalan raya lain tidak dapat mengeluarkan gadis terbabit yang ketika itu masih bernyawa kerana tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.
Menurut Mazlan, dua penumpang belakang, Umi Fatihah Halim Syukri, 17, dan Hasrul Arif Jamal Abdul Nasir, 22, turut tersepit dan mengadu kesakitan, manakala pemandu kereta Proton Waja, Nazli Mohd Jusoh, 30, yang cedera berjaya keluar dari kenderaan terbabit sebelum bersandar di sebatang pokok berhampiran.
“Pemandu kereta Proton Wira Aeroback itu turut parah serta tersepit dalam kenderaannya,” katanya.
Mazlan berkata, beberapa minit selepas itu kedua-dua agensi terbabit tiba di tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan semua mangsa tersepit serta mengejarkan mereka ke Hospital Dungun untuk rawatan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja dinaiki empat sahabat yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu itu hilang kawalan dan bertembung dengan Proton Wira Aeroback dipandu Mohd Jusoh Dollah, 40, selepas melalui satu selekoh di tempat kejadian, jam 11.20 malam kelmarin.
Menurut akhbar metro , sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan dan meminta orang ramai berhati-hati melalui kawasan itu, berikutan jalan licin boleh menyebabkan mereka terbabas. – SUMBER

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*