Kes Cikgu Lotfi : Jangan Padangan Serong Pada Cikgu!!

Harap pihak polis tidak DOUBLE STANDARD terhadap sesiapapun. Ada beberapa lagi individu yang patut diambil tindakkan segera. Diharap masyarakat tidak memandang serong kepada cikgu/guru berkenaan penangkapan ini. ini bukan menunjukkan semua guru/cikgu di Malaysia berfikiran seperti Cikgu Lotfi.

Para penulis blog dan facebook harapnya berhati-hati dengan sebarang penulisan yang mengecam beliau. Beliau sudah diberkas dan bakal dihadapkan kemuka pengadilan. semoga beliau diadili dengan saksama agar menjadi teladan kepada orang lain.

Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: “semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu.”
Sumber: Sinar Harian
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*