Ketua Menteri Melaka Mahu Pilihanraya Negeri

Adly Zahari didalam lontaran di status Facebook rasminya menekankan niatnya mahu Melaka melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila beliau mendakwa hampir sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri tidak lagi mahu beliau sebagai Ketua Menteri Melaka hal ini terjadi akibat rentetan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan yang kini Malaysia diterajui oleh Parti gabungan Mufakat Nasional (UMNO/PAS).

Beliau adalah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Melaka dan juga AJK AMANAH Nasional serta Pengerusi Pakatan Harapan Melaka. Beliau kini juga adalah ADUN Bukit Katil.

 

“Saya telah bertemu TYT Tun pada hari ini 2 Mac 2020 jam 4.30 petang.

Mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik negeri Melaka yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat, saya dengan merujuk kepada peruntukan di bawah perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi seperti berikut :

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas permintaannya Yang Di Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri”

Maka saya telah mencadangkan kepada TYT untuk membubarkan DUN Melaka bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Untuk itu saya mengharapkan semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat.

Adly Zahari
2 Mac 2020

sumber

 

Terdahulu di era pemerintahan Adly Zahari pernah menjadi isu hangat bilamana beliau mewakili Kerajaan Melaka dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (Johor, Selangor, Penang, dan Kedah) telah mengeluarkan larangan bagi penceramah tersohor Dr. Zakir Naik [sumber] untuk mengadakan ceramah di Melaka. Hal ini menaikan kemarahan orang awam terutama yang beragama Islam yang merasakan tindakan Kerajaan negeri Pakatan Harapan menafikan hak bagi umat Islam yang mana Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan.