Khalid Kena Maki itulah Dia Lari-Lari [Video]


Semalam Khaliid Gagap (KG), merengek pada Hadi bila diseterukan oleh BN di shah alam dengan Zulkifli Nordin, KG tahu ini dikatakan penamat kepada zaman kegagapannya. Mana mau lari Khalid..cerita kau kencing penduduk Ijok orang masih tak lupa derrrr

Calon Barisan Nasional (BN) N.46 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Datuk Nasarruddin M Zin bersedia sepenuhnya untuk bertanding dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kawasan berkenaan.

Beliau seterusnya berkeyakinan dan bukan satu kejutan untuk memenangi DUN berkenaan setelah rakyat khususnya di kawasan tersebut lebih mengenali siapa sebenarnya Tan Sri Khalid.
“Berkeyakinan besar…..Insyaallah…… Bukan satu kejutan untuk kalahkan Khalid. Dia lari daripada kawasan yang dia tak ‘services’. Rakyat tahu nilai yang mana intan dan yang mana permata. Kita yakin kerana kita dah buat kerja sejak kalah.
“Turun ke bawah dan banyak kesilapan yang dibuat oleh kerajaan negeri seperti janji yang tidak ditunaikan. Dengan sokongan rakyat, insyaallah kita yakin BN tidak menghadapi masalah,” katanya selepas majlis pengumuman calon BN di sini, hari ini.
Beliau seterusnya berkata kombinasi rakan-rakan komponen BN yang bekerja dalam satu pasukan adalah strategi utama pada pilihan raya kali ini.
“Rakyat tahu saiapa Khalid dan siapa BN yang bergerak secara berpasukan untuk membantu rakyat. Tambahan pula sebelum ini rakyat kenal beliau kerana Menteri Besar yang tidak turun padang. Tidak berjasa di Pelabuhan Klang. Yang dia datang hanya nak janji…..sepanjang jadi Menteri Besar banyak janji kosong,” katanya. -MediaUMNO
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*