Khalid tidur lena, Penduduk SA 7 tidur dengan tikus

MELAMPAU! Walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat, longgokan sampah masih tidak dikutip dan kini semakin bertimbun dan mengganggu keselesaan penduduk.

Itulah dilema dihadapi penduduk pangsapuri di Seksyen 7, di sini, apabila longgokan sampah dibiarkan penuh dan tidak dikutip kontraktor Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak 5 hari lalu.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Khalid, berkata, dia tidak sanggup menghidu bau busuk setiap hari kerana lokasi rumah sampah kurang satu meter daripada rumahnya.
Katanya, bau sampah cukup meloyakan menyebabkan dia terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap masa bagi mengelak lalat dan haiwan perosak seperti tikus memasuki rumah.

“Saya khuatir jika sampah tidak dibersihkan ia boleh menjejaskan kesihatan dan keadaan ini amat membimbangkan penduduk.
“Lebih malang, isteri saya baru lepas bersalin dan keadaan sampah yang tidak diurus dengan baik akan mengundang penyakit kepada isteri dan bayi saya,” katanya yang ditemui, hari ini.

Wakil penduduk dan juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Khilal, 34, berkata, masalah longgokan sampah semakin kritikal sejak akhir-akhir ini menyebabkan penduduk resah jika ia berterusan.
Katanya, disebabkan longgokan sampah yang semakin banyak, haiwan liar seperti anjing banyak berkeliaran di kawasan ini.
“Pihak yang diberi tanggungjawab seharusnya melaksanakan kerja kutipan mengikut jadual dan masalah ini dapat diselesaikan jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.
“Saya khuatir jika masalah ini berlanjutan, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan penduduk,” katanya.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*