Khawarij, Anwar, Gay dan China Doll

Perdana Menteri kita Dato’ Sri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 April 2013 setelah mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong. Dengan terbubarnya parlimen, maka mengikut undang-undang pilihanraya, Pilihanraya Umum ke-13 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang. 


Rakyat sesungguhnya memang sudah muak dengan perang politik yang tidak berkesudahan semenjak 8 Mac 2008, yang mana menyaksikan pihak pembangkang buat pertama kalinya dapat menafikan majoriti dua pertiga yang dinikmati oleh kerajaan Barisan Nasional buat sekian lama.


Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen, timbul pula syubhat baru. Maka berkokoklah tokoh-tokoh pembangkang yang mengatakan kini sudah tidak ada lagi kerajaan yang sah, kerajaan ini sudah luput tarikhnya dan sebagainya. Adalah cukup mengecewakan apabila terdapat beberapa orang ustaz popular yang sibuk mengatakan bahawa dengan terbubarnya parlimen, maka sudah tidak ada lagi kerajaan, tidak ada lagi pembangkang dan dengan itu tidak ada lagi khawarij dan rakyat bebas menjatuhkan pemerintah sedia ada. 

Tidak kurang juga ada yang tanpa segan silu mengatakan bahawa Dato’ Sri Najib bukan lagi Perdana Menteri yang sah dan mendesak beliau supaya keluar dari kediaman rasmi dan tidak menggunakan lagi kemudahan-kemudahan rasmi yang telah diperuntukkan kepada beliau. Sesungguhnya, seruan ini adalah seruan yang jahil dari mereka yang berkepentingan dan merupakan seruan yang bertentangan bukan sahaja dengan perlembagaan negara tetapi juga dari aspek sunnah. Seterusnya…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*