Konflik DAP bukti kronisme

DAP hanya parti anak beranak dan kroni mereka sahaja, PKR dan Pas hanya menjadi alat kepada DAP untuk mencapai cita-cita politik mereka. “Rakyat perlu menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan haram ini perlu diBERSIHkan dalam politik negara.
Mereka cuma menjadikan orang melayu sebagai alat untuk mendapatkan kuasa.
Ada orang melayu baru di ber RM100 dah puji melangit, sedangkan kerajaan dari lahir sampai beranak pinak……segala bantuan kerajaan telah berikan. Makanan di rumah seperti beras, gula , tepung dan gas memasak itu pun kerajaan beri subsidi.

Kronisme:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menurut Kamus Dewan, ‘Kronisme bermaksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat atau kawan-kawan rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya.




‘Konflik DAP bukti kronisme’
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Disember 2011

BATU PAHAT – Perselisihan pendapat secara terbuka melibatkan pemimpin DAP mendedahkan pekung parti itu yang mengamalkan kronisme, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, krisis dalaman yang berlaku itu yang dikatakan ada kaitan dengan isu penentuan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menunjukkan ada pihak dalam parti itu yang cuba disisihkan.
“Sebab itu, saya merasakan apa yg berlaku menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti yang mengamalkan keadilan kerana cukup jelas bahawa berlaku juga amalan kronisme.
“Inilah juga yang menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bertelagah dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam soal menentukan calon untuk Johor.
“Apa berlaku antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menunjukkan wujud persengketaan dalam DAP dan ini buktikan terdapat golongan yang cuba disisihkan,” katanya pada sesi taklimat





APA KATA DAP?





Rasuah, kronisme punca daya saing Malaysia merosot- Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, rasuah dan kronisme menjadi punca kedudukan daya saing Malaysia jatuh enam anak tangga dari tangga ke 10 pada tahun lalu, menjadikan kedudukannya di tangga 16.
Ia berdasarkan Laporan Tahunan Daya Saing Dunia 2011 yang dikeluar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).
Menurut Guan Eng,  Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam 2 daripada 4 faktor utama kajian iaitu kecekapan kerajaan dan kecekapan pengurusan, sementara dua faktor lain adalah prestasi ekonomi dan infrastruktur.
Tambah beliau, kemerosotan itu turut disokong laporan Indeks Dayasaing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi tahun 2010-2011 di mana Malaysia jatuh dari tangga 24 ke tangga 26.
“Laporan WEF juga menyatakan Malaysia mempunyai kurang daya saing di kalangan masyarakat miskin, dengan dua permasalahan utama mengatakan bahawa sistem pembayaran yang tidak teratur dan rasuah serta kurangnya kebebasan dalam sistem penghakiman.
“Jelas sekali WEF merujuk kepada masalah rasuah dan kroni seperti mana yang dilaporkan oleh IMD bahawa kecekapan pengurusan dan kecekapan kerajaan terjejas kerana kurangnya sistem tender terbuka dan ketelusan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Malaysia juga mengalami perbelanjaan defisit di luar kawalan yang cepat dan tidak berkadar terus dengan pertumbuhan.
“Hutang isi rumah terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia selepas Jepun- daripada 64 peratus pada tahun 2009 kepada hampir 76 peratus atau RM581 bilion pada tahun 2010.
“Dalam erti kata lain, anggaran perbelanjaan dan kawalan hutang dianggap tidak berterusan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Laporan Bernama pada 19 Mei lalu menyatakan prestasi ekonomi Malaysia meningkat dalam laporan daya saing yang dikeluarkan IMD.
Bagaimana pun ia hanya merujuk kepada kajian terhadap sektor tersebut tanpa melaporkan kedudukan daya saing negara secara keseluruhan dalam 4 faktor yang dikaji.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14049

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.