KRISIS AIR SELANGOR : Lagi Gangguan Bekalan Air Pada Hujung Tahun 2021

Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini (17 Dis), menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri.

Beliau dalam satu kenyataan berkata berikutan tiada bau yang dikesan di muka sauk (Submersible pump) , Air Selangor telah memulakan proses rawatan air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih).

“Ini untuk memastikan agar air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada para pengguna,” katanya.

Terdahulu, LRA Sg Semenyih telah dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Sementara itu, menurut Elina bantuan air alternatif melalui 81 lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini.

Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki, katanya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini telah memberikan jaminan akan mengurangkan gangguan bekalan air bersih bagi rakyat Selangor tetapi sebaliknya dan kini beliau hanya menyebarkan berita ‘Sembang Kari’ di laman twitter rasmi miliknya.

Anehnya, Amiruddin semalam mendakwa gangguan telah segara pulih dalam tempoh 4 jam sedangkan sedangkan pihak Air Selangor menyatakan sebaliknya. Sebelum ini Amirnuddin menyalahkan pihak teori konspirasi yang mencetuskan kegusaran awam tentang isu bekalan air Selangor sedangkan kejadian gangguan bekalan air ini berlarutan sejak 2008 dan ia bukan sekadar teori konspirasi.

Pada tahun lalu , Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak telah mencadangkan supaya keupayaan dan kepakaran agensi berkaitan pencemaran sumber air dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

“Selain faktor bahan cemar yang semakin banyak dan terbaharu, teknologi serta sains bidang forensik alam sekitar di Malaysia juga jauh ketinggalan berbanding teknologi lain,” katanya

Beliau berkata pihak berkuasa harus memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah hingga 20 peratus, membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.

“Bidang forensik alam sekitar perlu diperkasakan semula. Ia perlu dikemas kini dengan kemudahan makmal dan peralatan terkini dalam mengesan unsur bahan cemar, memandangkan kehadiran pelbagai jenis bahan kimia generasi baharu serta faktor iklim di negara ini yang mendatangkan cabaran kepada agensi.

“Kerjasama serta perkongsian alatan serta kaedah pengenalpastian bahan hasil kajian pakar di universiti boleh membantu pihak agensi,” katanya seperti dalam laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertarikh 20 Okt 2020.

Sehingga saat ini pihak Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor tidak ada mengambil sebarang langkah yang disyorkan oleh Dr Mohd Yusoff Ishak dan rakyat sering dihidangkan dengan alasan mudah iaitu gangguan air berpunca daripada masalah pencemaran atau kejadian paip pecah setiap belaku gangguan tidak berjadual di negeri Selangor.

Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14 Tahun 2021 pada November lalu perkara ini (Gangguan bekalan air) telah dibangkitkan oleh dibangkitkan ketua pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail (UMNO)

“Pada Belanjawan 2021, kira-kira RM779 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Rizam bersetuju dengan celahan Harumaini Omar (BERSATU – Batang Kali) yang mencadangkan kerajaan negeri supaya merobohkan kilang haram yang didakwanya menjadi punca berlakunya pencemaran air.

Sementara itu, Sallehudin Amiruddin (PEJUANG-Kuang) meminta kerajaan negeri supaya menubuhkan pasukan penilaian risiko bagi menilai kemungkinan berlakunya masalah terbabit.

“Hampir setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan kos tinggi berhubung keselamatan air tetapi kes tetap berlaku.

“Saya minta Menteri Besar (Amirudin Shari) memaklumkan berapa peratuskah masalah air dapat diselesaikan dengan peruntukan yang telah dibelanjakan kerajaan negeri,” jelasnya.

Jika benar peruntukan yang besar itu disalurkan dengan betul dan baik pastinya tidak ada belaku lagi kejadian gangguan bekalan air.

“Walaupun PH telah memerintah Selangor sejak tiga penggal, masalah air tetap berlaku dan pencemaran air merupakan alasan yang diberikan ketika (beberapa siri) gangguan air berlaku. Kata Datuk Rizam Ismail