Kuasa Media Baru Pengurus Bank DAP Digantung Kerja?!

Hong Leong Bank Berhad (HLBB) menggantung kerja seorang pengurus bank yang didakwa mengugut kakitangannya supaya mengundi sebuah parti pembangkang atau berdepan risiko pemberhentian kerja.


Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Yvonne Chia berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta supaya siasatan boleh dijalankan.

Menurutnya, bank akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam membuat siasatan berkaitan insiden yang berlaku di Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor Bahru minggu lalu.

Beliau berkata, sebarang pandangan politik yang didakwa dan dinyatakan oleh kakitangan tersebut semasa kejadian, dalam apa-apa cara sekali pun tidak mewakili pandangan pihak bank.

“Pekerja tidak mempunyai hak untuk menggunakan tempat kerja sebagai platform meluahkan pandangan politik peribadi mereka.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan disiplin jika hasil siasatan mengesahkan insiden yang dikatakan itu benar,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. [SINI]


Baru-baru ini, akhbar melaporkan seorang pengurus bank didakwa mengugut kakitangannya yang berbangsa Melayu supaya memberikan undi kepada calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau berdepan risiko pemberhentian kerja.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seorang pengurus bank di Taman Nusa Bistari, Skudai Johor Bahru didakwa mengugut kakitangannya yang berbangsa Melayu supaya memberikan undi kepada calon sebuah parti pembangkang pada pilihan raya nanti atau berdepan risiko diberhentikan kerja.

Dakwaan tersebut dipaparkan dalam laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Isu Politik Semasa’ yang menyatakan, pengurus cawangan tersebut telah membuat ugutan sedemikian kepada kakitangannya dalam satu mesyuarat pukul 9 malam, 18 April.

Antara ayat yang digunakan seperti berikut: “…. Those who vote for BN will lose their job, must vote for DAP….” (Mereka yang mengundi BN (Barisan Nasional) akan kehilangan pekerjaan, mesti undi DAP).


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*