Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mendukung Mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah, ia selalu “bersuara” ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan sama menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah Hadist Shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdur Rahman bin Sakhr Al Azdi. Diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Wallahu A’lam
Kalau ade silap & salah..Mohon perbetulkan..
baca sini http://www.amenoworld.net/2015/04/page-fobn-kini-sasau-diserang-rakyat.html
Leave a Reply