Kucing Rasulullah s.a.w.?

Hetero Chroma : Baka Kucing Belaan Nabi

Kucing hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kucing Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kucing hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki

kucing milik Nabi Muhammad S.A.W bernama Muezza adalah seekor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini. 

Kucing tersebut yang mempunyai mata dengan dua warna berbeza selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kucing bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.

KOMPOM lepas ini banyak orang pegi usha kucing dia, mana la tahu jumpa jenis macam ini kan? Walauapa pun kita bukan nak sangat kucing tu (baka belaan Rasulullah s.a.w.) Tapi kita sepatutnya mencontohi apa yang Baginda Rasulullah s.a.w. buat, iaitu mengasihani haiwan…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*