KUIN Bakal Dilelong Jika Biar Berlarutan?!

Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan kembali cekap dan teratur sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Kedah selepas pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata selama BN mentadbir Kedah sebelum ini, Kuin yang berada di bawah kerajaan negeri tidak pernah menghadapi masalah seperti sekarang ini.
“Kuin ditubuhkan kerajaan BN pada 1995 dan tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti sekarang. Kita lihat mereka (kerajaan PAS) lantik orang tidak berkebolehan untuk mentabdbir sebab itu Kuin jadi porak peranda,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Tangan Dihulur Kasih Diberi’ di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Chengai, Kuala Kedah di sini hari ini. Program itu disertai kira-kira 60 kanak-kanak istimewa yang turut menerima sumbangan daripada Ahmad Bashah.
Beliau berkata sekiranya di bawah pentadbiran kerajaan BN, masalah kebajikan petugas kolej universiti itu, termasuk isu potongan gaji untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pinjaman bank akan diselesaikan.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau kesal dan kecewa kerana kerajaan PAS di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menangani isu itu dengan bijak.
“Kegagalan Azizan dalam menyelesaikan masalah kewangan Kuin membuktikan kerajaan negeri tidak cekap dan lemah untuk menguruskan kewangan kolej dengan baik, tidak seperti BN dahulu,” katanya.
Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, berkata walaupun banyak demontrasi aman dan penyerahan memorandum dilakukan, kerajaan PAS seolah-olah tidak mempedulikan nasib petugas mereka.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*