Lagi Kerja Kotor Pembangkang?!

Pembangkang sememangnya gerun jikalau wanita No.2 UMNO ini bertanding, mana tidaknya awal-awal lagi dah angkat bendera putih…Banner ini diletakkan dihadapan jalan besar sekitar Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar, Perak.

Ura-ura kecut telur pembangkang memang sudah diketahui penduduk sekitar Kuala Kangsar sejak tercetusnya Skuad Sayang Perak yang tidak disenangi pembangkang kerana pasukan ini menaburkan bakti kepada rakyat yang memerlukan.

Flashback : Skuad Sayang Perak!

Perjuangan politik Wanita UMNO adalah politik untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bukannya politik yang hanya pandai bercakap dan membuat janji.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO sudah memberikan perkhidmatan kepada rakyat sejak dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik.
“Politik wanita adalah politik untuk rakyat, untuk bersama rakyat, untuk bantu mereka yang perlukan bantuan, perkara ini bukan baru, sudah lama kita lakukan sejak dahulu lagi, itulah perjuangan wanita sehingga kini membela rakyat.
“Perjuangan kita bukan retorik, perkhidmatan kepada rakyat adalah menjadi sasaran, kita bukan politik buat janji, kita akan turun ke bawah dari rumah ke rumah cari apa masalah yang mereka hadapi dan salurkan kepada pihak terbabit untuk ambil tindakan segera,” katanya selepas menyertai program amal Salam Sayang bersama Skuad Sayang Perak.
Program amal Salam Sayang adalah kesinambungan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Skuad Sayang yang bukan sahaja tertumpu kepada untuk menyampaikan bantuan ketika musibah malah turut melakukan kerja- kerja amal termasuk mengecat rumah milik warga emas.
Shahrizat berkata program Salam Sayang Waniita UMNO dijalankan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sawarak, ia bukan sahaja dilakukan oleh Wanita UMNO malah turut dilaksanakan oleh Wanita Barisan Nasional seperti di Sarawak.
“Semua anggota Skuad Sayang sudah diberi taklimat mengenai program Salam Sayang itu, mereka diarah supaya pergi ke setiap rumah untuk mendapatkan dan mencari maklumat bagi membanut mereka yang memerlukan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.
“Kerja yang dilakukan itu bukannya bermusim, sudah lama kita lakukan kerja-kerja ini, kita tak minat buat kerja hanya untuk buat slogan, kita buat ikhlas untuk bantu bukannya hanya cakap dan berjanji sahaja tapi tidak dibuat,” katanya.
Menurutnya, tidak guna membuat janji atau hanya pandai bercakap sahaja sedangkan rakyat ternanti-nanti apa yang dikatakan terutama di kalangan yang benar-benar memerlukan bantuan, sebab itu Skuad Sayang diarah supaya mendekati rakyat.


Apa  isu yang cuba dibawa oleh pembangkang kali ini keatas Datuk Kamalia?!Nyata perasaan hasat dengki yang menebal dalam diri mereka apabila kegagalan pembangkang sendiri dalam mendekati rakyat dipandang sepi…Teruskan WANITA UMNO!!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*