Lahad Datu : Darurat?



Semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan ESSZONE berkuatkuasa dan memaklumkan bahawa ianya bukan satu pengisytiharan darurat.
Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang meliputi 10 daerah yang berkuatkuasa hari ini bukan satu pengiystiharan darurat dan proses pilihanraya boleh dijalankan di situ seperti biasa. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata Yang Dipertuan Agong telah beri perkenaan ia dikuatkuatkuasa hari ini. 
Sepuluh daerah dibawah zon berkenaan ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 
Berucap sempena Hari Polis di Pulapol,Kuala Lumpur pagi Isnin,Najibn memberitahu tiga kabin untuk menjadi pejabat operasinya sudah tiba hari ini dan pentabiran ESSZONE boleh bergerak dalam masa beberapa hari lagi.
Beliau juga berkata kerajaan akan menempatkan semula penduduk di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah untuk elak ia jadi lubuk pendatang asing tanpa izin dan orang tidak bernegara. 
Sekalipun tidak menyebut lokasinya ia dipercayai melibatkan kampong-kampong atas air dan kawasan setinggan yang kini majortiti penduduknya pendatang tanpa izin. 
Katanya kerajaan sedar punca utama kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan kawasan timur Sabah adalah disebabkan oleh kewujudan penempatan sedemikian.
Perdana Menteri berkata 10 daerah dibwah zon berkenaan akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh menteri dalam negeri.. 
Menurut beliau, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan ketua menteri Sabah dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang akan diumum kelak.-25/3/2013- OLEH ROSLAN BIAN
Nampaknya usaha pihak tertentu mahu menDARURATkan Sabah tak berjaya. Namun begitu, pihak tersebut boleh dianggap separuh berjaya kerana dapat menyebabkan sokongan orang Sulu lari terhadap Kerajaan melalui propaganda mereka.Seterusnya…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*