Lahad Datu : Misteri Kapal USS


Inilah nasib sebuah kapal yang didakwa terkandas di terumbu karang, sedangkan operasi kapal ini adalah sebuah “Kapal Pembersih Periuk Api”.

Periuk api boleh detect tapi terumbu karang yang sememangnya ancaman untuk semua jenis kapal bersaiz ini gagal dikesan pulak?


Ketenteraan US hari ini boleh dikatakan ditahap yang membanggakan dengan pensenjataan yang jauh lebih kejam dan maju. Hari ini terdampar dan dipotong bagai kereta Half-cut jek??! Tidakkan rasa pelik…dan pula masa ini (terkandas) belaku juga insiden berdarah pengganas lahat datu…

Kapal ini bawak senjata ke??? Sula tan Pengganas mana ada duit nak beli senjata. Nak cuci darah pun harap ehsan kerajaan Filipina. Inikan pula senjata-senjata canggih…

Kapal USS Guardian yang terlanggar terumbu karang di Laut Sulu masih lagi menjadi tanda tanya. Teknologi ketenteraan US yang didakwa hebat dan yang tercanggih didunia gagal mengesan terumbu karang di lautan. Kejadian yang dianggap pelik itu bagai ada kaitan dengan Insiden Berdarah di Lahad Datu. Misteri masih belum terjawab.
Menurut laporan Agensi,
Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.
Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.

Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.
Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk. Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.
Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. – Agensi


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*